:: SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA UNTUK MAKLUMAT BERSAMA::

Marilah Bertaubat


Monday, June 14, 2010

Diari Seorang Lelaki

Aku masuk kebilik bacaan ayah.Dah macam kedai buku.Macam-macam
jenis buku ada.Buku tentang perkahwinan menurut prospektif Islam
menarik minatku. Ku kundang buku tadi kekamar.

Entah kenapa aku tersenyum bila mata memandang buku itu.Senyum
kerana gelihati mendengar pertanyaan bonda padaku petang tadi.
Haii..pelik tapi benar! Aku kenal benar bagaimana sifat bonda dan ayah.
Tegas bila mendidik.Kami berempat beradik takut betul kalau ayah
marah.Pasti ada yang tak lalu makan atau takut keluar bilik.

Bonda seorang pendidik.Nyata sifat tegas tidak akan lari darinya.Bonda
bila lihat anak muda yang couple2 ni sure dialah orang yang sangat
menentang.Ayah pernah warning aku depan-depan kawan-kawan.

Katanya : “kalau suatu hari ayah nampak kamu duduk berdua-duaan
dan bercinta-cinta macam orang tu , ayah tak teragak-agak nak rotan kau
depan orang ramai,”

Pehh! Seram sejuk aku dengar amaran ayah.Kalaulah suatu hari aku ‘ter’ buat macam-mana?Takkan nak kena rotan depan orang ramai? Semalam aku dapat dua kad undangan.Satu ke majlis perkahwinan
sahabatku akhir bukan ini dan satu lagi majlis berzanji sempena cukur
jambul anaknya.Ah! Sebaya tapi jodoh mereka lebih cepat berbanding
aku.

Dan kerana kad itu tiba-tiba timbul soalan dari mulut bonda. Kata bonda: “Abang bila lagi?Ceritalah dengan bonda siapa pilihan abang.” Tersedak aku dengar soalan bonda. Aku ketawa. “Tak ada orang sudi bonda..” Bonda ketawa. “Sedihnya bunyi..kenapalah tak ada yang sudi?Nak kata tak handsome bolehlah tahan.Tapi, apa masalahnya?” “Abang malas nak fikir. Biarlah selesaikan satu-satu dulu bonda. Selesai ijazah lepastu barulah nak fikir pasal benda-benda ni,” Kata bonda : “Kenapa pula cakap macam tu?Tak salah berkawan.
Lagipun kalau abang pandai bahagikan mana waktu belajar dengan
waktu bercinta pasti tak ada masalah.”
.
.
.
.
.
.
.
.





0 comments:

Post a Comment