:: SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA UNTUK MAKLUMAT BERSAMA::

Marilah Bertaubat


Tuesday, June 15, 2010

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN


Sebagaimana yang kita ketahui payung amatlah penting bagi kita jika kita di timpa hujan. Itulah yang di ibaratkan dengan perlindungan. Cuba bayangkan jioka hujan lebat kita tidak mempunyai payung? Apakah yang akan terjadi kepada kita? Cuba kita bayangkan...Mesti kita akan basah kekuyupan...Begitulah juga yang ingin saya sampaikan disini iaitu betapa pentingnya perlindungan di dalam kehidupan kita..Bak kata pepatah malang tak berbau. Itulah pepatah yang patut kita pegang. Hari ini kita sihat tetapi esok lusa kita tidak tahu samada kita sihat atau sakit. Oleh itu, kepada sesiapa yang belum membuat perlindungan lagi hubungilah saya...

bersambung...

Balu tentera terkejut terima bantuan RM60,000


Written by BH - 5/6/2009
KUALA LIPIS 4 Jun – Seorang balu tentera, Siti Aishah Hamid, 40, berasa terkejut dan tidak menyangka kehadiran dua pegawai syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd dari Kuala Lumpur muncul di rumahnya untuk menyampaikan dana bantuan berjumlah RM60,000 di Kampung Beletik, dekat sini hari ini.
Ibu kepada lima orang anak berusia antara 3 hingga 16 tahun menerima sumbangan itu daripada Pengurus Agensi Takaful Ikhlas, Mursal Mat Jadi di rumah bapa mertua ibu tunggal itu di kampong tersebut.Mursal memberitahu Utusan Malaysia, ibu tunggal itu menerima dana insuran itu bagi pihak suaminya, Allahyarham Nazri Omar yang menyertai polisi Pelan Ikhlas Simpanan Takaful pada 17 Februari tahun ini menerusi caruman sebanyak RM450.Katanya, syarikat itu meluluskan bantuan dana tersebut kepada Allahyarham Nazri Omar sebanyak RM112,640.56, tetapi jumlah RM60,000 diserahkan dulu kepada balu berkenaan berasaskan Akta Takaful 1984.“Syarikat ini akan menyerahkan baki bantuan RM52,640 tidak lama lagi selepas balu allahyarham selesai urusan pengagihan harta yang diperakui oleh pihak berkuasa,” selepas menyerahkan cek bernilai RM60,000 kepada Siti Aishah dekat sini hari ini.Hadir sama pada penyerahan itu ialah Penolong Pengurus Unit Takaful Ikhlas, Shamsul Azhar Ahmad.Allahyarham Nazri yang menyertai polisi Takaful Ikhlas terlibat dengan kemalangan jalan raya berdekatan Kampung Sungai Sam di Lebuh Raya Kuala Krai ke Gua Musang pada 28 April lalu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lipis.Sementara itu, Siti Aishah berkata, dia tidak tahu arwah suaminya menyertai polisi tersebut sehinggalah diberitahu oleh Penolong Pengurus Unit syarikat tersebut, Shamsul Azhar Ahmad hari ini.“Saya bersyukur kepada Allah dan Insya-Allah akan menggunakan bantuan ini untuk kebajikan lima orang anak terutamanya membiayai persekolahan sehingga ke peringkat tinggi,” ujarnya.

Monday, June 14, 2010

Doa Seorang Insan


Lihatlah awan nan biru itu... Sesungguhnya aku melihat keindahan ciptaan milik allah yang tiada taranya. Bisakah terjangkau dek akal mencipta sesuatu yang luar biasa cantik. Pernahkah kita terfikir boleh membina langit tanpa ada tiang yang menongkahnya supaya tidak jatuh? Pernahkan kita terfikir akan bermilion,billion,juta,ratus ribu,puluh ribu ciptaan allah meliputi langit dan bumi ini tidak ada yang sama. Perlbagai warna dan pelbagai bentuk ciptaan menghiasi bumi siang dengan cahaya matahari dan malam dengan cahaya bulan penuh kaya dengan kesenian kecilnya kita umpama pasir halus dipadang pasir ceteknya ilmu kita umpama setitis air dilautan kotornya kita dengan dosa dan noda hodohnya kita dengan topeng kemaksiatan dan kecelaan busuknya kita dengan hati-hati yang tidak pernah puas dengan apa ada khilafnya kita, alphanya kita, lekanya kita pada allah, tuhan semesta alam. Aku masih mencari damai... Damai yang sering kutemui tatkala alunan kalamullah membolosi cuping telingaku aku terasa damai tatkala dahiku mencecah sejadah dan bermonajat berkali-kali memohon redha dan ampunan-mu.. Segala yang ada dalam hidupku kusedar semua milikmu. Hidupku.. Matiku.. Jasadku.. Hatiku.. Nafasku.. Jantungku... Denyut nadiku.. Dan cintaku.. Semua milikmu semua milimu tuhanku.. Wahai pemilik nyawaku... Aku sedar diri ini terlalu kotor aku takut mahu berdepan denganmu nanti aku risau kalau saat aku dipanggil pulang dan saat itu aku masih belum bersedia bagaimana agaknya nasibku? Ya allah ya rahman ya rahim kau maha tahu setiap apa yang terlintas difikiranku. Aku mohon dan merayu padamu...lindungilah aku selalu dari kekalutan duniawi dan mati dan hidupkanlah aku hanya dengan agamamu...

Diari Seorang Lelaki

Aku masuk kebilik bacaan ayah.Dah macam kedai buku.Macam-macam
jenis buku ada.Buku tentang perkahwinan menurut prospektif Islam
menarik minatku. Ku kundang buku tadi kekamar.

Entah kenapa aku tersenyum bila mata memandang buku itu.Senyum
kerana gelihati mendengar pertanyaan bonda padaku petang tadi.
Haii..pelik tapi benar! Aku kenal benar bagaimana sifat bonda dan ayah.
Tegas bila mendidik.Kami berempat beradik takut betul kalau ayah
marah.Pasti ada yang tak lalu makan atau takut keluar bilik.

Bonda seorang pendidik.Nyata sifat tegas tidak akan lari darinya.Bonda
bila lihat anak muda yang couple2 ni sure dialah orang yang sangat
menentang.Ayah pernah warning aku depan-depan kawan-kawan.

Katanya : “kalau suatu hari ayah nampak kamu duduk berdua-duaan
dan bercinta-cinta macam orang tu , ayah tak teragak-agak nak rotan kau
depan orang ramai,”

Pehh! Seram sejuk aku dengar amaran ayah.Kalaulah suatu hari aku ‘ter’ buat macam-mana?Takkan nak kena rotan depan orang ramai? Semalam aku dapat dua kad undangan.Satu ke majlis perkahwinan
sahabatku akhir bukan ini dan satu lagi majlis berzanji sempena cukur
jambul anaknya.Ah! Sebaya tapi jodoh mereka lebih cepat berbanding
aku.

Dan kerana kad itu tiba-tiba timbul soalan dari mulut bonda. Kata bonda: “Abang bila lagi?Ceritalah dengan bonda siapa pilihan abang.” Tersedak aku dengar soalan bonda. Aku ketawa. “Tak ada orang sudi bonda..” Bonda ketawa. “Sedihnya bunyi..kenapalah tak ada yang sudi?Nak kata tak handsome bolehlah tahan.Tapi, apa masalahnya?” “Abang malas nak fikir. Biarlah selesaikan satu-satu dulu bonda. Selesai ijazah lepastu barulah nak fikir pasal benda-benda ni,” Kata bonda : “Kenapa pula cakap macam tu?Tak salah berkawan.
Lagipun kalau abang pandai bahagikan mana waktu belajar dengan
waktu bercinta pasti tak ada masalah.”
.
.
.
.
.
.
.
.